.

Selamat Berkunjung Ke . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Jun 25, 2012

Wartawan Majalah



Galeri Ilmu Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan milik penuh bumiputera mempelawa calon-calon berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:
JABATAN MAJALAH


JAWATAN: WARTAWAN MAJALAH

Kelayakan:

1. Berumur antara 20 - 35 tahun.
2. Mahir menulis dalam bahasa Melayu.
3. Memiliki ijazah/diploma dalam bidang berkaitan. Kelulusan dalam bidang pengajian Islam ada satu kelebihan.
4. Memiliki kemahiran berkomunikasi dan perwatakan menarik.
5. Mahir menggunakan komputer dan internet.
6. Memiliki lesen memandu D.
7. Berupaya bekerja di bawah tekanan, menepati 'deadline', sanggup bekerja di luar waktu pejabat.
8. Memiliki syahsiah Islamiah yang jelas dan komited dengan hasrat untuk membantu mendidik masyarakat melalui saluran media.

Tugasan:

1. Menulis pelbagai jenis berita dan artikel untuk majalah
2. Mewawancara responden dan individu berkaitan.
Emelkan resume anda kepada : info@galeriilmu.com.my
Tarikh tutup: 15 Jun 2012.

Jun 7, 2012

Sidang akhbar kitab 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman


Sejak beberapa tahun kebelakangan, masyarakat dunia semakin berminat terhadap persoalan akhir zaman dan persoalan kiamat. Selepas ramalan-ramalan mengenai kiamat semakin dilupakan ekoran berlalunya tarikh yang diramalkan, masih banyak persoalan mengenai akhir zaman, khususnya rentetan peristiwa yang bakal berlaku, yang masih menjadi tanda tanya masyarakat.

Bagi umat Islam, mereka tidak perlu keliru seperti kelirunya peramal-peramal kiamat yang bersandarkan pada berita yang tidak sahih dan jauh daripada wahyu. Segala berita mengenai peristiwa akhir zaman terdapat sumbernya yang autentik di dalam Islam. Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam menghimpun, mengadun dan menjelaskannya dalam bahasa yang mudah difaham melalui bukunya 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman dan Kiamat Hampir Tiba.

Dua buah kitab beliau itu telah beredar di pasaran untuk sekian lama dan dijadikan bahan kuliah di masjid dan surau. Kitab 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman misalnya, telah lebih 20 tahun menemui khalayak pembaca dan telah dicetak lebih 30 kali (belum dikira edisi cetak rompak).
Kini, kedua-dua judul ini dihimpun bersama tiga judul lain iaitu 40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama, 40 Hadis Akhlak Mulia dan 40 Hadis Penawar Hati, lalu lahirlah sebuah buku tebal yang diberi judul Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu pada Disember 2012 dan telah beberapa kali diulang cetak.

Buku ini merupakan ‘buku besar’ yang sangat signifikan kerana:
·        Isinya relevan dengan situasi semasa ketika umat Islam mahukan jawapan yang pasti mengenai persoalan kiamat dan rentetan peristiwa akhir zaman yang mendahuluinya.
·        Ia memberi pencerahan kepada kekeliruan ramalan-ramalan kiamat yang hanya berpegang pada telekan, fenomena alam dan andaian yang tidak pasti.
·        Pencerahan buku ini datang daripada hadis Nabi SAW, huraian ulama serta rumusan pengarangnya, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam. Hadis-hadis itu dikategorikan sebagai nubu'atur rasul iaitu berita yang sahih daripada Nabi SAW mengenai segala peristiwa yang bakal berlaku, figur-figur yang bakal ‘zahir’, bakal ‘muncul’ dan  bakal ‘turun’, lokasi-lokasi terlibat serta rentetan peristiwa pada akhir zaman hingga berlakunya kiamat.
·        Juga memuatkan 40 hadis mengenai kelebihan ilmu dan ulama, 40 hadis mengenai akhlak mulia dan 40 hadis penawar hati, yang setiap satu disertakan keterangannya yang dikaitkan dengan situasi semasa.

Mengenai Pengarangnya
Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki lahir pada 1959 di Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Lepasan madrasah di Kalimantan Selatan dan Jawa Timur ini pernah berguru dengan ulama terkenal Makkah, al-Muhaddis Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas al-Maliki dan ulama terkemuka India, Syeikh Abul Hassan al-Hasani an-Nadwi. Melalui Almarum Dr. Sayyid Muhammad, beliau dianugerahi gelaran keluarga Al-Maliki. Beliau juga pernah berguru dengan Syeikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani al-Makki, ulama yang dikenali dengan gelaran ‘al-Musnid Dunya’.

Pada 1984, Syeikh Ahmad Fahmi datang ke Malaysia dan berkhidmat di Madrasah Tarbiyah Islamiyyah Derang di Pokok Sena, Kedah, sehingga ke hari ini. Beliau juga mengasaskan dan memimpin beberapa pondok pesantren di Kalimantan serta merupakan Ketua Umum Majelis Ulama' Indonesia Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah (2004-2009).
Melalui penerbitan Khazanah Banjariah, beliau giat menerbitkan kitab berbahasa Melayu termasuk menerbitkan semula kitab karangan ulama silam Nusantara, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani seperti Sairus Salikin (4 jilid) dan Hidayatus Salikin.

***

EDISI ISTIMEWA 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN (EDISI JIMAT) boleh diperolehi dengan harga RM55.00 di kedai-kedai buku utama di seluruh Malaysia atau melalui online di www.galeriilmu.com. Untuk keterangan lanjut, hubungi Hajah Jalilah Abdullah di Galeri Ilmu melalui talian 03-61421614, atau e-mel jalilah@galeriilmu.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...