.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

May 2, 2012

Bersyukur Saat Diuji


BERSYUKUR SAAT DIUJI
MUHD KAMIL IBRAHIM/ 978-983-097-351-7/RM22.00/214 ms/GB0174
Kategori: Motivasi
Inikah ujian?
Saya didatangi oleh seorang ustaz yang mengharapkan pertolongan agar anaknya diterima masuk sebagai staf UiTM. Jawatan kerani. Pagi-pagi lagi beliau sudah muncul di rumah. Lalu saya dengar dengan teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya berkata,
“Ustaz, boleh saya bertanya satu soalan? Jika ada calon yang ditemu duga, katalah anak ustaz yang paling teruk sekali, tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah yang tertinggi kepadanya, adakah saya berdosa? (Nota: beliau memberi jawapan, “berdosa”). Sanggupkan ustaz menyuruh saya melakukan dosa?”
Saya menitiskan air mata di hadapan beliau. Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau, “Ustaz, saya mungkin mempunyai sedikit kuasa, tetapi kuasa Allah lebih luas dan tidak terperi hebatnya. Saya tidak mahu berdosa. Tolonglah saya ustaz untuk tidak melakukan dosa. Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. Saya orang bodoh, jahil dan tidak berilmu.”
Beliau meninggalkan rumah saya tanpa berkata apa-apa.

Dr Mohd Rashidee Alwi – Rahsianya agak mudah. MKI (Muhd Kamil Ibrahim) menulis dari hati. Lalu hatilah yang disentuh. Di atas segalanya, Allah mengurniakan kepada profesor yang satu ini kebolehan menyentuh kalbu insan yang lain. Bacalah dengan hati yang lapang.

Ainun Mardhiah Ismail – Bacalah dengan mata hati. Di sebalik tabir kehidupan insan-insan lain terdapat peringatan, teguran dan didikan daripada Allah agar kita sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik.

TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI

3 comments:

Azinnyl said...

Salam.. Buku ini benar2 mengubah persepsi sy dan menjadikan sy lebih positif menghadapi ujian yg maha berat ini. Trm kasih... Di mana blh sy dptkan buku ini?

Anonymous said...

Salam. Encik boleh dapatkan di rangkaian kedai buku mph dan popular. atau membeli secara online di www.galeriilmu.com.my

Anonymous said...

Salam. Encik boleh dapatkan di rangkaian kedai buku mph dan popular. atau membeli secara online di www.galeriilmu.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...