May 2, 2012

Eksklusif Zakat

EKSKLUSIFZAKAT
HAMIZULBIN ABDUL HAMID/
978-983-097-364-7/RM28.00/264ms, /GB0184
Kategori: Pengetahuan Islam
Islam ialah agama tolong-menolong (ta’awun) dan agama sejahtera. Allah mewajibkan zakat kepada hamba-hamba-Nya yang berkemampuan untuk membantu golongan yang memerlukan pembelaan, seterusnya menjamin kemakmuran dalam masyarakat.

Bagi golongan kaya, zakat menjadi mekanisme yang mendidik jiwa mereka supaya sentiasa tunduk kepada Allah SWT. Dengan terlaksananya amalan zakat dalam masyarakat, kekayaan tidak terkumpul dalam kalangan golongan kaya sahaja.

Sebaliknya sebahagian daripada kekayaan itu dikongsi bersama golongan susah. Semakin kaya umat Islam, semakin banyak zakat dapat dikutip.Semakin banyak pula harta yang dapat diagih-agihkan kepada asnaf yang layak.

Natijahnya, negara menjadi makmur di bawah payung zakat ini.Buku ini akan mendedahkan semua persoalan yang pastinya akan meluruskan kefahaman kita tentang Zakat.

Syurga Merinduimu


SYURGAMERINDUIMU
AMALUDDINMOHD NAPIAH/

978-983-097-354-8/RM24.00/328ms, /GB0180

Kategori: Motivasi
‘Wahai lelaki tua, selamatkanlah aku daripada ularini dan semoga Allah menyelamatkanmu jua.’ Lelaki itu pun menangis dan berkata:‘Aku ini lemah dan ia (ular) pula lebih kuat daripadaku. 

Berlarilah dengansegera. Semoga Allah merupakan buatmu sesuatu yang menyelamatkanmu daripadanya.Aku pantas berlalu terus ke hadapan. Lalu aku pun naik ke atas satu anjungdaripada anjung-anjung hari kiamat itu.
Lalu aku melalui tepi beberapatingkatan api neraka dan aku hampir-hampir terjatuh ke dalamnya disebabkanpergelutanku itu. Maka satu suara menjerit: ‘Berundurlah kamu! Kamu bukandaripada ahlinya.’ Lalu aku berasa senang dengan kata-katanya itu dan aku punberundur.
---------------
SYURGA MERINDUIMU merupakan himpunan pilihan 30bab (artikel). Menggunakan ayat-ayat, contoh dan analogi yang mudah untukdihadam oleh khalayak pembaca.
Selain daripada ayat-ayat suci al-Quran, hadisNabi SAW, kata-kata Sahabat dan para ulama, kisah-kisah teladan adalah isi(kandungan) yang menjadi teras dan pokok perbahasan di dalam setiap bab yangmudah-mudahan ‘menyuntik’ semangat dan motivasi diri untuk terus beribadah,beramal soleh, menuntut ilmu, berjuang dan bermujahadah demi mendapatkan redhaAllah Tabaraka wa Taala.


Bukan Sekadar Resepi


BUKAN SEKADAR RESEPI
ROZA  ROSLAN / 978-983-097-352-4/ 
372ms/ RM35/ GB0182
Kategori: Motivasi
Ya, buku ini BUKU SEKADAR RESIPI kerana di dalamnya terkandung kisah yang mencuit hati. Terkandung di celah-celah resipi yang diketengahkan terselit kebesaran dan keagungan Ilahi untuk kita renungkan. Santai, namun berisi. BUKAN SEKADAR RESIPI pasti mencuit hati pembaca.

Bukan Sekadar Resipi adalah sebuah bingkisan lahir dari hati Puan Roza Roslan. Ia adalah utusan daripada seorang ibu – kepada ibu-ibu lain – yang ingin membangunkan nilai-nilai murni di kalangan ahli keluraga. Natijahnya, pembentukan akhlak keluarga sebenarnya bermula di dapur!
Air tangan masakan siapa yang lazimnya menjadi hidangan anak-anak dan seisi keluarga kita selama ini?
-Sabtu M. Ali

Buku yang sangat mesra sehingga menyebabkan saya tersenyum simpul, tertawa kecil, berasa sebak dan sayu, serta ada ketikanya minda saya perlu berfikir panjang mengenangi pelbagai nikmat Allah yang sering dilupakan. Jika ada yang memerhatikan saya membaca buku ini maka ia tidak masuk akal untuk melihat kesemua elemen tersebut muncul pada raut wajah saya.
-Datin Norashikin Zaini

Membaca buku ini benar-benar mengimbau kenangan lalu dan mengusik jiwa. Ada ketikanya saya terpaksa memberhentikan pembacaan kerana seolah tulang ayam tersekat di kerongkong, ada  sebilah pisau menusuk ke jantung. Air mata tidak mampu disekat lagi. Ia berguguran di pipi.
Gila untuk senaskah buku masakan!
-Ratna Roslan


TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI

Hai Darling!


HAI DARLING!
BADRUL HISHAM SHARI/
978-983-097-358-6/RM19.00/192ms, /GB0181
Kategori: Motivasi
Suami umpama ‘menteri luar’, isteri pula umpama ‘menteri dalam negeri’. Suami dan isteri ibarat tangan kanan dan tangan kiri, ibarat malam dan siang. Saling melengkapi. Tempatnya tetap di ruang khas (di sisi), bukan di atas dan di bawah!
Kadang-kadang saya rasa membesarkan anak-anak yang ramai dalam zaman serba canggih ini seperti berada di medan peperangan. Tidak cukup masa untuk menarik nafas dan berehat panjang. Tidak cukup masa tidur nyenyak…
Oh, susah rupa-rupanya nak dapat segala benda yang hebat di dunia ini. Kena bangun malam pada saat orang lain sedap tidur berdengkur dibuai mimpi. Kena bersejuk-sejuk berwuduk saat orang lain lena berselimut tebal. Kena tinggalkan tilam empuk dan teman sekatil.
Memang orang kita, bab nak kahwinkan anak tidak pandai buat ala kadar. Sanggup berhabis, bergolok bergadai demi nak memastikan majlis perkahwinan tu mendapat markah A+ atau markah penuh 100 peratus daripada para juri dan hakim yang terdiri daripada tetamu yang datang.
---------------
HAI, DARLING! Himpunan sketsa  rumah tangga yang merangkumi kisah suami, isteri, anak-anak, ibadah dan juga kehidupan yang diadun dengan bahasa yang cukup santai dan bersahaja. Kisah yang padat dengan panduan serta mesej yang sangat berguna. Tidak lupa menyelitkan unsur sinis, humor dan ilustrasi yang sangat mencuit hati dan terkesan pada diri!


TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI