.

Selamat Berkunjung Ke . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Nov 30, 2009

Resensi Buku I LOVE YOU TOO @ TV1


video

Rakaman Slot Resensi Buku, Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung pada 30 November 2009. Hj Badrul Hisham (bersongkok) bersama pengacara Ramli Awang Murshid.
(harap maaf, kualiti video kurang memuaskan)

Nov 25, 2009

Promosi Buku



Berikut adalah jadual promosi bagi beberapa buku terbitan GISB di tv dan radio.

Bersama Penulis buku I Lov U Too - Haji badrul Hisham
RTM 1 (resensi buku) - Isnin 30 Nov jam 7.30 pagi







Bersama Penulis buku Alaihai Pengantin Baru - Hajah Jalilah Abdullah
Radio IKIM -Khamis 3 Disember jam 5.15 petang













Buku Kanak-kanak siri Juara Muda: "Muhammad Hafiz Muda" dan "Badrish Pelakon Cilik"
RTM2 (kids on two) - 3 Januari 2010




Nov 20, 2009

Ole-ole Untuk Remaja & Kanak-kanak

Karya penulis muda Hilal Asyraf adalah antara empat novel terbaru terbitan GISB yang akan berada di pasaran pada awal Disember. Remaja Mulia, novel awal remaja karya Hilal, akan terbit bersama dua lagi novel awal remaja, Mencari Amira dan Impian Juara, serta satu novel remaja, Kasih Nasuha.

Remaja Mulia membawa kelainan apabila memunculkan watak kanak-kanak berusia 12 tahun yang jauh lebih matang daripada usianya. Hilal dalam laman blognya menulis, beliau mahu memanjakan pembaca kanak-kanak “dengan karakter-karakter tarbawi, karakter-karakter baik yang mereka boleh contohi. Agar mereka membesar dengan karakter-karakter ini.”

“... saya reka cerita pelajar darjah enam yang mempunyai kematangan yang baik, akhlak yang soleh dan peribadi yang mulia. Tidak cukup setakat itu, karakter itu memberikan kesan pula pada sahabat-sahabatnya.”

Novel Remaja Mulia (harga RM12) membawa kisah Irfan Hakimi, yang bergelar yatim piatu dalam usia 12 tahun. Kanak-kanak yang matang ini bercita-cita tinggi mahu hidup berbakti tanpa menyedari adanya halangan yang menyebabkan satu sekolah memulaukannya dan dia hampir-hampir kecewa. Kalaulah Tuhan tidak bantu dia …




Karya terbaru Zulina Hassan, Mencari Amira (RM10), mengisahkan bagaimna seorang sahabat sanggup bersusah payah demi sahabatnya, manakala seorang sahabat yang lain memberanikan diri meredah hutan dalam misi menyelamatkan sahabat yang hilang. Timbul persoalan sama ada dia melakukannya demi persahabatan, atau kerana mahu merebut ganjaran RM1 juta?

Dalam novel Mencari Amira, Zulina yang sebelum ini dikenali melalui novel Helo Anak-anak Ayah, menerapkan tema perjuangan kanak-kanak untuk membebaskan diri daripada menjadi mangsa penculikan.


Impian Juara (RM10) pula menyorot watak Imran, hero pingpong sekolah yang tiba-tiba menjunam prestasinya kepada zero gara-gara berjauh hati dengan ibu bapanya yang gagal memenuhi janji mereka. Apabila muncul seorang penyelamat, Imran tersepit dalam dilema. Hanya dirinya sendiri yang mampu menentukan apakah dia akan bergelar hero semula dan mampu menyekat kemaraan lawannya?

Penulisnya Zayu Hisham memanfaatkan pengalamannya sebagai guru dan jurulatih pingpong sekolah untuk mencipta plot dan konflik yang menarik dalam Impian Juara.



Sementara itu, novel remaja Kasih Nasuha memaparkan kisah seorang gadis miskin yang pintar yang mendapati dirinya hilang semangat untuk meneruskan kecemerlangan apabila dicurigai dan dipandang serong oleh orang yang selama ini sentiasa membela dan menyokongnya–ibunya sendiri! Garapan Zurinah Ismail, yang juga seorang guru, mampu menyuntik semangat remaja untuk membina kekuatan diri bagaikan kain belacu, di samping memelihara nilai-nilai kelembutan bak sutera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...