.

Selamat Berkunjung Ke . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Aug 26, 2009

Ole-Ole Ustaz Zaharuddin Buat Kaum Wanita

Setelah lebih empat tahun mengendalikan laman sesawang www.zaharuddin.net yang banyak mengupas pelbagai isu kontemporari, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan UZAR muncul dengan buku terbarunya Untukmu Wanita terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

“Buku ini dihasilkan bagi menghampiri kaum wanita dan menghulurkan secebis nasihat buat tatapan mereka. Ia turut dikhususkan untuk para lelaki yang sedang berusaha mencari-cari intipati ilmu kebaikan dan nasihat untuk hidangan mereka yang bernama ibu, isteri, kakak, adik dan anak,” beritahu Ustaz Zaharuddin dalam mukadimah bukunya.

Dengan huraian yang padat, jelas dan tegas, buku ini dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab, menjadikannya bahan bacaan yang lebih santai dan bersahaja. Terdapat juga kisah-kisah motivasi dan rantaian cebisan pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis untuk dijadikan iktibar kepada pembaca.
Buku ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu:
Bahagian 1: Wanita, maruah dan aurat
Bahagian 2: Wanita dan munakahat
Bahagian 3: Wanita dan rumah tangga

Setiap bahagian pula mengandungi lebih kurang 10 bab yang dikupas bersama dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk memantapkan pemahaman pembaca.

Buku setebal 214 muka surat itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM21.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman merupakan kolumnis beberapa akhbar dan majalah. Pernah muncul di radio IKIM.fm, TV9 dan RTM bagi membicarakan pelbagai isu dan hal ehwal syariah, ekonomi Islam dan perbankan Islam. Laman sesawang beliau (www.zaharuddin.net) menjadi rujukan ramai dalam isu-isu kewangan, pelaburan, bisnes dan isu-isu lain berkaitan agama. Ustaz Zaharuddin kini mengikuti pengajian peringkat kedoktoran di United Kingdom. Untukmu Wanita adalah buku ketujuh beliau dan yang pertama bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd yang diterbitkan sempena Ramadan yang lalu.

5 comments:

Haidar Ahmad Fuad said...

Salam...boleh bagi tau cam na nak beli?

Anonymous said...

ustaz mcm mana nk beli buku tu? nk beli secara online boleh ke?

Haidar Ahmad Fuad said...

boleh x specific sket temapat kat Alo Setar Kedah coz susah sket nak jumpa buku2 ustaz zaharuddin kat sini..

saifz said...

boleh beli online di http://www.bukuonline2u.com

Zul Salleh said...

Di Alor Setar anda boleh dapatkan buku-buku keluaran GISB nih di Pustaka Darussalam (Komplek Peruda & Shahab Perdana) atau kat penjual buku di ruang legar Pasaraya Giant.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...