.

. . . A S S A L A M U A L A I K U M . W R M . W B T . . . . . . S E L A M A T . B E R K U N J U N G . K E . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . . .

Aug 26, 2009

Ole-Ole Ustaz Zaharuddin Buat Kaum Wanita

Setelah lebih empat tahun mengendalikan laman sesawang www.zaharuddin.net yang banyak mengupas pelbagai isu kontemporari, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan UZAR muncul dengan buku terbarunya Untukmu Wanita terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

“Buku ini dihasilkan bagi menghampiri kaum wanita dan menghulurkan secebis nasihat buat tatapan mereka. Ia turut dikhususkan untuk para lelaki yang sedang berusaha mencari-cari intipati ilmu kebaikan dan nasihat untuk hidangan mereka yang bernama ibu, isteri, kakak, adik dan anak,” beritahu Ustaz Zaharuddin dalam mukadimah bukunya.

Dengan huraian yang padat, jelas dan tegas, buku ini dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab, menjadikannya bahan bacaan yang lebih santai dan bersahaja. Terdapat juga kisah-kisah motivasi dan rantaian cebisan pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis untuk dijadikan iktibar kepada pembaca.
Buku ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu:
Bahagian 1: Wanita, maruah dan aurat
Bahagian 2: Wanita dan munakahat
Bahagian 3: Wanita dan rumah tangga

Setiap bahagian pula mengandungi lebih kurang 10 bab yang dikupas bersama dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk memantapkan pemahaman pembaca.

Buku setebal 214 muka surat itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM21.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman merupakan kolumnis beberapa akhbar dan majalah. Pernah muncul di radio IKIM.fm, TV9 dan RTM bagi membicarakan pelbagai isu dan hal ehwal syariah, ekonomi Islam dan perbankan Islam. Laman sesawang beliau (www.zaharuddin.net) menjadi rujukan ramai dalam isu-isu kewangan, pelaburan, bisnes dan isu-isu lain berkaitan agama. Ustaz Zaharuddin kini mengikuti pengajian peringkat kedoktoran di United Kingdom. Untukmu Wanita adalah buku ketujuh beliau dan yang pertama bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd yang diterbitkan sempena Ramadan yang lalu.

Aug 19, 2009

Tip Kewangan



Masyarakat Islam harus sentiasa peka dengan perkembangan ekonomi dan kewangan semasa, saran Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir.

Beliau berkata, sikap ini akan membantu kita merancang kewangan diri dan keluarga dengan lebih baik.

“Tahap pengurusan kewangan di kalangan masyarakat Islam masih lemah,” kata beliau dalam rancangan Mesra Bersama Anis di radio IKIM baru-baru ini.

Kolumnis ruangan Tip RM dan penulis buku Ke Mana Wang Anda? itu juga menekankan nilai keberkatan dalam mencari pendapatan untuk keluarga.

“Dalam mengejar harta dunia, adakalanya kita terlibat dengan unsur-unsur yang menjadikan pendapatan kita tidak berkat,” kata Hajah Rohani yang mengupas isu-isu berkaitan dilema masyarakat Melayu Islam khususnya yang masih tercari-cari panduan yang tepat untuk membantu mereka mengendalikan kewangan dengan baik.

Buku Ke Mana Wang Anda? terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (GISB) yang dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC, April lalu mendapat sambutan dan respons yang cukup baik daripada pembaca.

“Saya yakin ramai di kalangan pembeli merupakan pembaca setia majalah Anis yang mengikuti ruangan saya (TIp RM) setiap bulan. Buku ini bukan sahaja mengandungi banyak info malah saya cuba mengolah artikel-artikel di dalamnya dengan bahasa yang mudah. Paling penting, apa yang ingin saya sampaikan dapat difahami oleh pembaca.”

Rancangan yang ke udara selama setengah jam itu dikelolakan oleh DJ Nik Hasnah Ismail. Selain mempromosi buku beliau, Hajah Rohani juga berkongsi tip cara-cara mengurus kewangan dengan betul dan mudah.

Hajah Rohani merupakan figur penulis GISB kedua yang muncul di IKIM.fm, selepas Ustaz Amaluddin Mohd Napiah (Bawa Hatimu Kepada Tuhan), untuk memperkatakan buku masing-masing.
Galakkan Anak di IPT Menabung dan Melabur
Ibu bapa yang mempunyai anak di IPT harus menggalakkan anak-anak mula melabur dan menabung sejak bergelar mahasiswa. Di dalam Ke Mana Wang Anda?, Hajah Rohani menyarankan agar pelajar IPT menggunakan sedikit wang pinjaman atau biasiswa untuk melabur dan menabung.
Beliau mencadangkan dua cara:
1. Melanggani produk pelan simpanan takaful dengan kadar RM62.69 setiap bulan untuk tabungan selama 25 tahun bagi perlindungan RM100,000. Apabila caruman dibuat secara istiqamah, selepas 25 tahun, jumlah yang terkumpul adalah RM33,661.89. Jika ditakdirkan pencarum meninggal dunia ketika masih menuntut, warisnya akan menerima manfaat kematian RM100,000.
2. Melabur dalam amanah saham yang menawarkan pulangan tahunan sekitar 10% setahun. Apabila istiqamah menyimpan RM100 sebulan selama tiga tahun, tabungan akan menjadi RM4,184.02. Bermakna, apabila selesai pengajian, pelajar akan mempunyai wang sebanyak itu untuk menyara diri sementara menunggu mendapat pekerjaan. Wang ini juga boleh digunakan untuk mula membayar pinjaman pendidikan.
Di dalam buku itu juga, Hajah Rohani mengajak pembaca memanfaatkan khidmat kaunseling yang diberikan percuma oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara (www.akpk.gov). Sejak ditubuhkan pada April 2006, lebih 50 ribu individu mendapatkan khidmat kaunseling secara percuma daripada AKPK yang mempunyai 40 kaunselor di sembilan lokasi di seluruh negara.
Melalui syarikatnya Hijrah Wealth Sdn. Bhd., Hajah Rohani juga mengalu-alukan sebarang pertanyaan mengenai pengurusan dan perancangan kewangan.

I Love U Too!


Jazakallahukhairan kasiran diucapkan kepada Sdr Fitri TV3 kerana mempromosikan buku ini dalam MHI pagi ini.

Sesungguhnya usaha saudara mempromosikannya adalah suatu usaha dakwah yang akan memberi kebaikan kepada semua pihak yang sedang mencari bahan bacaan yang baik dan bermutu.

Klik imej untuk mengetahui maklumat lanjut tentang buku ini.



TULIS TEKS AWAL DI SINI


TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI

Aug 14, 2009

Kenangan Terindah


Amar Makruf. Komitmen terakhir. Pahala yang berkekalan. Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Doa kami sentiasa mengiringi pemergianmu.



TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...