.

Selamat Berkunjung Ke . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Jul 9, 2009

Ustaz Amal Mempromosi Bukunya di Radio IKIM.fm

Khamis lepas, Ustaz Amaluddin Mohd Napiah atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Amal, ke udara dalam Mesra Bersama Anis di Radio IKIM.fm. Ustaz Amal ialah penulis GISB yang pertama muncul dalam slot khas di Radio IKIM.fm untuk mempromosi buku-buku dan novel terbitan GISB. Sebelum ini, Ustaz Zul Ramli M.Razali (U-Turn Ke Jalan Lurus) dan Puan Zulina Hassan (Hello Anak-anak Ayah) juga ke udara di Radio IKIM.fm pada Mei lepas, tetapi dalam slot lain.

Slot khas untuk mempromosi buku-buku GISB ke udara selama setengah jam dengan menampilkan penulis yang telah menghasilkan karya mereka bersama GISB. Selain memperkatakan hasil karya, slot ini juga mengupas sebalik tabir penghasilan buku-buku berkaitan.


Dalam slot Khamis lepas, Ustaz Amal memperkatakan buku beliau Bawa Hatimu Kepada Tuhan yang berada di pasaran sejak April lalu. Editor Anis, Puan Hajah Jalilah Abdullah, turut memeriahkan slot promosi buku GISB di radio IKIM.fm yang dikendalikan oleh DJ Nik Hasnah.



Ustaz Amal berkongsi dengan pendengar tentang peri pentingnya mewariskan sesuatu kepada generasi akan datang dalam bentuk penulisan karya ilmiah atau buku.


Beliau yang dikenali sebagai penasyid, penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit, aktif menulis di dalam blognya http://ustaz-amal.blogspot.com dan di dalam majalah Anis.


Untuk slot akan datang, ramai lagi penulis akan ditampilkan bagi membicarakan hasil karya mereka. Slot buku GISB di radio IKIM.fm akan ke udara pada setiap 5.15 petang hari Khamis minggu pertama setiap bulan.


Dengan kejayaan menerbitkan lebih 60 judul buku pelbagai kategori setakat ini, Jabatan Buku GISB merancang mempergiatkan langkah untuk memartabatkan karya-karya Islami termasuk novel, buku motivasi dan buku cerita kanak-kanak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...