.

Selamat Berkunjung Ke . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

May 21, 2009

Novel VT laris macam goreng pisang panas!


VT
Hilal Asyraf
ISBN 978-983-097-227-5
Tebal: 520 ms
Harga: RM25
Terbit: April 2009

Novel ini menceritakan perihal sebuah kumpulan bola tampar di sebuah sekolah bernama MATRI (Ma’had At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah). 10 tahun yang lepas, pasukan bola tampar dari sekolah ini telah mencipta fenomena apabila berjaya menjadi johan dalam kejohanan MSSP’s menewaskan juara terkenal, SSNP(Sekolah Sukan Negeri Perlis).


Namun selepas itu, tiada lagi pasukan bola tampar dari MATRI yang berjaya mengulangi kegemilangan itu, malah prestasi mereka sebentar turun dan sebentar naik tanpa konsisten. Keadaan bertambah parah apabila generasi terkini pasukan bola tampar sekolah itu tidak berada dalam kondisi yang baik, dengan pelbagai masalah melingkari mereka, baik masalah dari segi pelajaran, akhlak, disiplin sekolah mahupun keluarga.

Melihat prestasi buruk pasukan bola tampar sekolah ini, pihak pentadbiran MATRI berhajat untuk membubarkan pasukan yang sudah tenat ini....


3 comments:

alia farhah said...

salam..
mcm menarik je..

:: BUKU KITA HARTA KITA :: said...

Best! itulah kebanyakan komen yang kami dapat daripada rakan pembaca yang sudah membaca novel ini. Boleh membuat belian online di www.galeriilmu.com.my
Kos pos adalah percuma.

Kurma said...

Salam,

Kenapa sinopsis panjang sangat sampai tahu ending hehehe..
Tapi novel ni memang best. Saya dah beli 2 dan kedua-duanya hadiahkan pada orang sebab hendak mereka merasai 'kebestannya' :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...